10.07.2010

Tips penting mulakan bisness internet

Bagaimana caranya memulakan bisnes diinternet? Tidak kira samada bisnes offline yang sedia ada ataupun baru sahaja ingin memulakan bisnes secara online.Semua itu memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang cara menbina website dan segala yang berkaitan dengannya.Seseorang yang ingin berkecimpung dibidang ini perlu sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi untuk mempelajari tentang Internet marketing.
Setiap orang perlu melalui episod ini untuk berjaya.Sekiranya ilmu tentang Internet  marketing telah mantap didada segalanya akan menjadi mudah dikemudian hari.Apa yang penting disini anda boleh menjimatkan kos ataupun melenyapkan terus kos.Lainlah kalau anda mempunyai bajet yang besar semua tu boleh dileveragekan sahaja.
Baiklah,
Untuk menjadi seorang internet marketer(IM) kelayakan asas yang perlu ada ialah:

Pandai menggunakan komputer dan internet

-ini adalah wajib,kerana seorang IM perlu menjaga komputernya seperti menjaga anaknya sendiri,hindarkan dari terkena penyakit samada hardware ataupun software. Pandai menginstal software.Mengemas kini fail dan sebagainya. Jika komputer diibaratkan sebagai anak bagi seorang IM, Internet pula diibaratkan macam isteri atau suami anda,kemana sahaja anda pergi pasti teringatkannya.Satu hari tak jumpa internet bagai sebulan lamanya.Apalagi kalau seminggu atau lebih?
(Streamyx oh Streamyx cepatlah kau datang,kawanku dah naik sasau!)
Kemahiran melayari internet sangat perlu bagi mencari bahan-bahan rujukan dengan cepat dan efektif kerana masa sangat mencemburui seorang IM dengan pasangannya.

Faham serba sedikit bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris perlu difahami kerana kebanyakan istilah,bahan rujukan,tutorial,penggunaaan software,aplikasi dalam laman web semuanya adalah dalam bahasa Inggeris.

Tahu menggunakan software grafik seperti Photoshop,GIMP dan sebagainya.

Adalah menjadi satu kelebihan sekiranya anda tahu menggunakan software tersebut kerana ada ketikanya anda perlu mengedit gambar seperti membuat banner,logo, mengubah saiz mengikut keperluan dan sebagainya.

Tahu apa itu HTML

HTML adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membuat laman web.Jangan panik jika saya katakan disini anda perlu tahu tentang HTML kerana sebenarnya anda tidak perlu tahu secara mendalam, cukup sekadar tahu apa itu HTML dan bagaimana rupanya dan cara menggunakannya.Tapi jika anda tahu secara mendalam tentangnya adalah menjadi kelebihan yang sangat berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...