12.08.2010

Dunia Blog 10 Tahun Akan Datang

Kenapa serius je entry menteil.net semenjak dua tiga menjak nie (sebut ikut slang Nabil)? Macam tak bestlah kan? Jom kita layan entry ringan-ringan suam-suam kuku ni.. Korang pernah terfikirkah apa akan jadi di dunia blog pada 10 tahun lagi? Ini yang terlintas di kepala otak aku nie sejak beberapa hari.. Jangan ambil serius.. Layan je baca..
————————————————————
Di pertengahan majlis penyampaian Anugerah Industri Muzik
“Mengumumkan blog artis terbaik jatuh kepada ……. Anuer Zon dengan url blognya anuerzon.com”
————————————————————
Setelah kad pengenalan mat rempit itu discan pada gadjet iPong, rilek je polis tu sound.. “nie bila nak renew domain blog ko nie? Dah 4 hari nie, kena curik domain ko ni kang jangan menonggeng sudah”
“bajet lari la tok”
————————————————————
13 MEI KUALA LUMPUR: Suspek, Najib Abdul Razok (www.1nepal.com) dan Rosmah Manzor (www.1pengguin.com) dikatakan sedang berpacaran di Taman Astakona sebelum ….. -Berita Hairon
————————————————————
“Polis Jenayah Blog masih lagi menyiasat dalang yang berani melakukan spam berterusan di blog mantan perdana menteri dan beliau sendiri berharap jenayah ini akan berhenti selama-lamanya. Ibarat berak tidak berbasuh, lalat berlagu hurungi tahi. Saya Karamsong Walio melapuurrrkan untuk TV38″
————————————————————
“encik, saya nak melaporkan mengenai masalah blog saya yang sudah digodam” kata Hamid di sebuah balai polis.
“encik boleh pergi ke tingkat 3, belok kiri, masuk ke kaunter bahagian blog” balas Lans Koperal Usop.
————————————————————
“aku tengok blog Kasim tu hebat je kan.. Mana dia dapat bakat dia tu ek?”
“tengok la bapak dia sape beb! Dah memang mengalir darah seorang blogger kat dia..”
————————————————————
“kenapa markah subjek blog Aiman merosot banyak sangat bulan nie” tanya ibu lembut setelah melihat laporan bulanan Aiman.
“nak buat macam mana mak.. Blog Aiman kena hack dengan awek kelas sebelah.. Tapi Aiman dah hack balik blog dia..” balas Aiman yang akan masuk umurnya 11 tahun minggu depan.
————————————————————
“selamat malam ibu.. Yana tido dulu ye.. esok nak sekolah”
“selamat malam sayang.. nak tido tu dah update blog ke?”
“dah tadi bu, sambil tu sempat jugak cashout adsense.. hehe..”
“boleh la belanja ibu esok yer anak ibu yang cantik.. hehe..”
————————————————————
“aku pening kepala la beb! Pening aku nak pilih course apa kat borang uni nie..”
“aku cadangkan ko amek course Pentadbiran Blog. Habis u nanti gaji masyuk beb!”
“ko amek course apa?”
“Keselamatan Blog.. Kuar u nanti leh jadi Blog Safety Officer..”
————————————————————
“weh.. Ko keje apa skang?”
“blogger kat company TekanPerkataan”
“brape gaji?”
“dia bagi basic RM8000 jer”
————————————————————
“sarip, kenapa blog ko tak boleh nak masuk?”
“blog aku kena suspend dengan Pesuruhjaya Blog Negara sebab banyak guna bahasa rojak.. Lagi satu sebab letak banyak sangat iklan.. Hehe..”
————————————————————
“kenapa Tonah tu jalan mendada kembang-kembang hidung je Minah” tanya Lijah memulakan sesi umpatan.
“maunya tak Lijah… Laki dia jadi wakil Malaysia ke World Blog Award dalam kategori ‘Best Blog Header’ kat Uganda nanti” balas Minah.
————————————————————
“dengan siapa Tiz Zaqyah tu kawin Minah?” lagi sekali Lijah buka cerita.
“dengan yang empunya menteil.net, pemenang Blogger Terkacak Malaysia tu” kata Minah, reporter tak rasmi separuh masa.
“oh… Untunglah dia..”
*sila muntah.. Saye tak berkecil hati.. =P
————————————————————
Nampak apa yang tersirat?
adakah korang terfikir apa akan terjadi pada masa akan datang??ayu kongsi2 pendapat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...